LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Rabu, Oktober 20, 2010

Umno Gagal Tunai Janji: Datuk Karim Keluar Parti

Kegagalan Umno menunaikan janji-janjinya selama ini adalah faktor utama tokoh Umno Sabah Datuk Karim Ghani mengumumkan keluar daripada parti itu berkuatkuasa serta merta.

Menurut Datuk Karim tindakan drastik ini diambil berikutan kegagalan Umno memperjuangkan nasib rakyat Sabah selama ini.

Umno yang akan mengadakan Perhimpunan Agung kali ke- 64 minggu ini, menerima tamparan hebat kerana Datuk Karim merupakan antara tokoh politik yang disegani di Sabah.

Beliau adalah antara bekas pemimpin Usno bersama Tun Datu Mustapha Datu Harun yang merupakan pengasas Usno dengan memainkan peranan penting membawa Umno ke negeri itu pada 1990-an.

"Saya buat keputusan untuk keluar daripada Umno dan memperjuangkan beberapa perkara yang dijanji dulu pada masa pembentukan Malaysia dan pelbagai lagi," katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Beliau juga mendakwa tindakan ini menandakan angin perubahan di Sabah semakin kencang untuk menuntut perubahan menjelang Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi pada 4 November ini.

"Dari semalam ratusan SMS, facebook, telefon sudah menghubungi saya, ada parti-parti mempelawa saya untuk menyertai mereka, ada kumpulan-kumpulan yang melantik saya menjadi penasihat. Jadi saya fikir angin perubahan di Sabah ini perubahan begitu deras untuk merubah keadaan di Sabah tengoklah nanti keputusan di Batu Sapi," katanya.

Beliau yang juga bekas Naib Presiden Usno menyatakan harapannya bahawa Pakatan Rakyat akan membawa angin perubahan di Sabah.

"Saya menuntut apa yang dijanji semasa membentuk Malaysia dan saya tidak menuntut satu sen kurang, jadi Sabah ini dikata macam-macam yang gilang-gemilang tetapi elektrik tetap mati, jalan raya tetap buruk, harga tetap tinggi jadi kalau tidak ada orang yang menyuarakannya, jangan komplen, saya buat itu bukan didesak oleh sesiapa kamu tahu perjuangan saya, kalau saya bilang begitu maka begitulah," tambahnya lagi.

Tegas Karim lagi, Sabah ini adalah sebahagian daripada Malaysia dan di Malaysia ini Pilihan raya ke-13,cuma ada 2 parti, Barisan atau Pakatan. Kalau kita mahu 'business as usual', tolong sokong Barisan, kalau mahu perubahan pergilah ke Pakatan, dan saya melihat di semenanjung pun angin perubahan begitu kuat sekarang.

Mengulas perkara ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang ditemui di lobi parlimen berkata, keputusan Karim berjaya membuka mata masyarakat di Sabah yang selama ini ditindas kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) tanpa disedari.

"Jelas bahawa angin perubahan itu dirasakan oleh segenap lapisan masyarakat di Sabah yang menunggu ruang untuk melakukan perubahan dan keputusan Datuk Karim itu sendiri ada asas kepada desas-desus yang sudah pun dirasai pemimpin PKR yang membuat lawatan ke sana," jelas Izzah.

Ditambah lagi dengan pengumuman Belanjawan 2011 oleh Perdana Menteri Najib Razak minggu lalu memperlihatkan kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional dengan tamak menyedut hasil ekonomi dari negeri itu namun tidak memberi pulangan setimpal kepada rakyat.

Izzah berkata, PKR perlu menyusun strategi bagi menambat hati rakyat Sabah selain rundingan berterusan dengan SAPP menjelang pilihan raya kecil Batu Sapi pada 4 November nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor