LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Khamis, November 04, 2010

SPR Bersengkokol Dengan Umno-BN

galas-skSHAH ALAM 4 Nov - Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong Drs Khalil Idham Lim Abdullah hari ini membidas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bersikap "double standard" apabila mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat memberi rasuah kepada tiga muallaf dalam Pilihan Raya Kecil Galas, minggu lalu.

Menurut beliau, ini berbeza dengan pendekatan yang digunakan SPR dalam Pilihan Raya Kecil Batu Sapi di mana rakyat berbaris panjang di depan pejabat MCA untuk mengambil wang sebanyak RM100 namun tidak dianggap sebagai rasuah politik.

"Jelasnya di sini, majlis agama yang diadakan secara kebetulan bertembung dengan PRK di Galas dan individu yang menyatakan keinginan untuk memeluk agama Islam itu adalah secara sepontan.

"Sebagai satu penghormatan kepada orang yang baru masuk Islam, maka Nik Aziz memberikan zakat kepada mereka," ujar beliau ketika dihubungi TV Selangor.

Ujarnya, pemberian wang zakat kepada individu yang baru memeluk agama Islam adalah perkara biasa dan perkara itu dan tidak perlu dipolitikkan.

Apatah lagi dalam situasi tersebut, yang memberikan wang zakat tersebut adakah Menteri Besar sendiri.

"Perkara ini saya anggap sebagai politik kotor Umno-Barisan Nasional yang menggambarkan mereka sudah habis modal politik untuk berkempen.

"Pemberian wang zakat ini tidak wajar diperbesar-besarkan SPR dan Umno-BN.

"Mereka sepatutnya berterima kasih kerana setakat Umno-BN berkempen dan berkampung dengan masyarakat Orang Asli, berapa ramaikah yang berjaya telah diIslamkan?," soal beliau lagi.

1 ulasan:

dari mana demer

visitor