LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Ahad, Disember 12, 2010

Kes Berprofil Tinggi: Penasihat SPRM Gesa Gani Patail Beri Penjelasan



KUALA LUMPUR 12 DIS: Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM), Tan Sri Robert Phang secara terbuka menggesa Peguam Negara agar membuat penjelasan berhubung dakwaan-dakwaan mengaitkannya dengan personaliti korporat berprofil tinggi, yang turut menimbulkan persoalan komitmen Putrajaya melawan rasuah, lapor The Malaysian Insider.



Pengerusi Yayasan Sosial Penyayang Robert Phang itu berkata, cakap-cakap mengenai hubungan rapat Tan Sri Abdul Gani Patail mencalar kedudukan beliau selaku penasihat perundangan tertinggi negara, yang secara tidak langsung membawa kepada persepsi bahawa kerajaan mengamalkan pendakwaan selektif.



Jaksa Pendamai ini menggariskan beberapa kes sebagai contoh, antara ketiadaan tindakan mahkamah di pihak kerajaan ke atas bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli berhubung dakwaan skandal kewangan yang membawa kepada kerugian RM8 bilion.



Phang juga mempersoalkan keputusan terbaru untuk mendakwa bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berhubung isu pembelian dua lot tanah dan banglo di bawah Kanun Keseksaan berbanding akta baru SPRM yang membawa hukuman lebih berat.



Mohamad Khir, 45, didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah syarikat itu,



Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.



“Malangnya jika Peguam Negara sendiri menjadi halangan kepada langkah kerajaan dan SPRM dalam usaha memperlihatkan kerajaan yang Bersih, Cekap, Amanah,” kata beliau dalam satu kenyataan.



“Orang awam perlu diberi kepuasan berhubung usaha kerajaan mendapatkan kembali keyakinan publik bahawa ia serius dalam menangani rasuah dan dalam usaha mendapatkan keadilan bagi semua,” tegas beliau.



Gambar-gambar percutian Abdul Gani bersama Shahidan Shafie – yang dikatakan sebagai proksi Tan Sri Tajuddin Ramli- yang disebar luas menerusi Internet dan saluran-saluran lain, mendesak pihak berkuasa agar membuka semula kes membabitkan kerugian RM8 bilion MAS pada 2001.



Kes itu pernah dibawa oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub baru-baru ini.



“Selagi wujud perasaan was-was mengenai tatalaku peribadi Peguam Negara Gani Patail sebagaimana digambarkan dan ia tidak ditangani, kesemua usaha ikhlas di pihak kerajaan dan SPRM akan sia-sia,” kata beliau.



“Ia hanya akan dianggap sebagai satu usaha hubungan awam ataupun slogan semata-mata,” kata Phang.



Dakwaan membabitkan Abdul Gani muncul di portal berita Malaysia Today, yang dikendalikan oleh blogger Raja Petra Kamarudin.



Phang mengeluarkan kenyataan itu hari ini ketika negara dikejutkan dengan surat terbuka pegawai polis kanan Datuk Mat Zai kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung isu insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Putrajaya akan mengumumkan keputusan final Isnin ini sama ada perlu membuka semula kertas siasatan berkaitan insiden mata lebam itu yang berlaku 12 tahun lalu, ekoran dakwaan wujudnya bukti terbaru sebagaimana didedahkan oleh Mat Zain.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu The Malaysian Insider kelmarin bahawa beliau akan menjawab gesaan pembangkang di Parlimen minggu depan berhubung isu itu dan keputusan yang bakal diumumkan adalah “muktamad”.



Nazri berkata, penjelasan telah diperoleh daripada Abdul Gani berhubung dakwaan terbaru bahawa beliau telah memalsukan keterangan dalam siasatan kes Anwar dipukul ketika ditahan di lokap Bukit Aman pada September 1998.



Beliau sedang meneliti butiran berkaitan isu tersebut.



Pada 24 November lalu, Nazri berkata, kerajaan akan menyiasat surat terbuka Mat Zain yang mendakwa Peguam Negara mempunyai peranan dalam insiden mata lebam Anwar yang berlaku 12 tahun lepas.tvs

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor